Wednesday, March 12, 2008

Melayu day

Hari ini amatlah bermakna sebab ia menandakan hari yang bersejarah. Kaum Kumpulan Biasa yang Bodoh berbahasa Melayu untuk 5 minit sebab otak tak berkerjasama dengan tangan bila bermsn. Bila tangan nak bertaip dalam Bahasa Melayu, otak terus ambil-alih dan tangan terus berbahasa Inggeris. Tapi, bolehlah jugak. Kita mix and match la. Kan kita tinggal di Malaysia yang berbagai bangsa. Walaupun tak berapa pas tapi janji orang paham. Oleh kerana demikian, Juls dengan saya bersetuju bernotakan hari yang bersejarah ini dalam bahasa Melayu.

Awal hari ini, Encik Chan beronline. Juls dengan saya ingat dia datang online untuk berborak dengan kita tapi amatlah merasa kecewa bila dia beritahu kita bahwa dia datang online bukan nak berborak dengan kita tapi cari orang. Orang yang dicarikan memang bukan kita berdua. Jadi, bermulalah drama yang besar yang direka oleh kita berdua yang bosan sampai nak mati. Apa lagi? Kita bercakap anginlah tentang dia. Orang Inggeris kata gossip. Puas-puas kita cakap walaupun kita paham yang Encik Chan ni orang purba jadi kita mestilah beri dia masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berteknologi tinggi. Sekarang, dia tengah belajar bahasa yang baru, kita cakap Inggris tapi dia kata tamadun. Lepas bercakap angin bersungguh-sungguh, sekali lagi, Juls dengan saya bersetuju untuk memberi Encik Chan sokongan tanpa sangsi yang dia akan berubah menjadi masyarakat yang beradab macam kita bedua.

Itulah dia, hari yang teramat bersejarah iaitu, saya dapat menulis lebih 200 perkataan dalam bahasa Melayu. Saya ingin kata bahawa saya amat bangga dengan diri saya sendiri dan saya pasti Juls juga rasa demikian. Macam mana dengan orang purba Encik Chan? *bersungut*

Sekian, salam hormat!

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

cheh wah...cheh wah...saya pun amat bangga dengan tunang saya ini, begitu lancar and licin bahasa melayu dia. Macam mat salleh kata "Well Said and Well Written". Memang hari ini yang bersejarah kita patut mengenangi. Perasaan saya sekarang sungguh terharu. Syabas Jelita, Tunang saya yang ber pattern...pattern ini..!!!

6:05 PM  
Anonymous Anonymous said...

hmmm... a bit the overselling there duncha think? but i like it. come ot think of it... should praise more la.. keep the comments coming!!! muahahahah!!

6:23 PM  
Anonymous Anonymous said...

Hanya satu-satunya komen (isn't that an english word?) yang saya boleh berkata...

"Gua tabik U ar!"

6:34 PM  
Anonymous Anonymous said...

Wah eh Wah..

Tidak dapat dinafikan bahawa Pn Ling berupaya bertutur dalam bahasa dengan sungguh sempurna.

Memang juga tidak dapat dinafikan bahawa Pn Ling mempunyai potensi yg cukup hebat untuk menjadi "MINA". Sebenarnya, potensi beliau telah lama ditonjolkan di dalam nama beliau (JELITA) hanya masyarakat tidak perasan.

Dengan "blog" bahasa ni dan dengan sukacitanya, saya ingin maklumkan bahawa, Pn Jelita Ling, akan digelar "MINA".

HARI INI DALAM SEJARAH!!!!

Sekian.

12:25 PM  
Anonymous Anonymous said...

Masyallah!

Assalamualaikum Waramahtulahi wabarakatuh! Bismilahi ruahman hiruahim! Saya bersyukur pada ilahi kerana dengan keizinannya kita dapat bersama-sama menulis sepatah dua kata dalam blog ini. Hampa semua 'toksah' mengejek orang purba ini....kasihannya betul..........aduh! dah tak cukup untuk tulis lebih kat sini..cis....tak cukup untuk masok pantun...


Insyallah!

9:53 PM  
Anonymous Anonymous said...

apsal org purba cuba nak divert attention ya? takkan berlaku. semua org tahu bahwa kalau tak kacau org purba untuk satu hari, hidup jadi tak bermakna.

pas lim, jikalau mau berpantun, boleh jugak. kasi email kat saya, i post kat blog semua org boleh tengok dan kitaorang boleh berkomen.

9:22 AM  

Post a Comment

<< Home