Hari ini amatlah bermakna sebab ia menandakan hari yang bersejarah. Kaum Kumpulan Biasa yang Bodoh berbahasa Melayu untuk 5 minit sebab otak tak berkerjasama dengan tangan bila bermsn. Bila tangan nak bertaip dalam Bahasa Melayu, otak terus ambil-alih dan tangan terus berbahasa Inggeris. Tapi, bolehlah jugak. Kita mix and match la. Kan kita tinggal di Malaysia yang berbagai bangsa. Walaupun tak berapa pas tapi janji orang paham. Oleh kerana demikian, Juls dengan saya bersetuju bernotakan hari yang bersejarah ini dalam bahasa Melayu.
Awal hari ini, Encik Chan beronline. Juls dengan saya ingat dia datang online untuk berborak dengan kita tapi amatlah merasa kecewa bila dia beritahu kita bahwa dia datang online bukan nak berborak dengan kita tapi cari orang. Orang yang dicarikan memang bukan kita berdua. Jadi, bermulalah drama yang besar yang direka oleh kita berdua yang bosan sampai nak mati. Apa lagi? Kita bercakap anginlah tentang dia. Orang Inggeris kata gossip. Puas-puas kita cakap walaupun kita paham yang Encik Chan ni orang purba jadi kita mestilah beri dia masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berteknologi tinggi. Sekarang, dia tengah belajar bahasa yang baru, kita cakap Inggris tapi dia kata tamadun. Lepas bercakap angin bersungguh-sungguh, sekali lagi, Juls dengan saya bersetuju untuk memberi Encik Chan sokongan tanpa sangsi yang dia akan berubah menjadi masyarakat yang beradab macam kita bedua.
Itulah dia, hari yang teramat bersejarah iaitu, saya dapat menulis lebih 200 perkataan dalam bahasa Melayu. Saya ingin kata bahawa saya amat bangga dengan diri saya sendiri dan saya pasti Juls juga rasa demikian. Macam mana dengan orang purba Encik Chan? *bersungut*
Sekian, salam hormat!